Posts

Showing posts from March, 2017

Rawatan Kulit yang Rosak Akibat Produk yang Mengandungi MERKURI atau HIDROKINON

Assalamualaikum. Hari ini, diberi kesempatan lagi untuk menaip di blog ini walau I tengah busy nak jemur kain sat lagi hahah!! Sebelum ni memang banyak dah skincare aku pakai untuk muka aku ni. Dah macam-macam produk dah bertapak di muka aku. Ada yang berkesan, ada yang kejap je berkesan, ada yang makin merosakkan dan menghodohkan muka aku yang pada asalnya cantik jelita ini cewahhh!!! Baru-baru ni stop pakai Tabita Glow. 2 Tahun pakai pergh! Super beautiful, bountiful, bootylicious babe! Hahahaha. Tahun ketiga muka start merah padam panas macam orang demam, jerawat tumbuh seketul-seketul. Bukannya aku tak tau bahaya produk tu tapi demi nak kekal cantik jelita aku teruskan. Tapi udah nggak bisa lagi untuk aku meneruskannya, so, aku stop! Dah 2 minggu stop. Ok, sejak stop Tabita Glow, aku memang tau kulit aku akan jadi lebih teruk dari sebelumnya. Sebab before ni aku pernah stop dan guess what happens to my face? Gelap Kusam Jerawat pasir dan batu bermahajalela

Testimoni / Review Tabita & Tabita Glow

Image
Assalamualaikum! Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis di sini. Hahahaha. Ok, sambung cerita. Lepas dah kecewa dengan botanical products Mary Kay, aku pun beralih arah ke Tabita. Well, banyak testimoni best masa tu. So, aku tak kisah dah, merkuri ke, hidrokunoin ke, belasah je lah yang penting muka aku bersih! Tabita (Sumber: Google) Aku pun mula lah guna Tabita dalam tahun 2015 camtu. Well, guess what? Dalam seminggu je memang nampak kesan dah. Sebulan apatah lagi. Puteh beb! Glowing takyah cakap. Jerawat? No, no tak nampak dah hahaha. Then, aku upgrade ke Tabita Glow. Lagilah glowing. Lagilah hebat! Huhuhuhu. Tabita Glow (Sumber: Google) 2015-2016 muka memang glowing giler. Akulah wanita paling chantek di dunia. Hahahaha. Tak perlu pakai apa-apa just Tabita dan bedak kalau nak. 2 tahun je bertahan. Masuk tahun 2017, muka jadi lain dah. Jerawat dah mula timbul. Erk? Kat dahi, hidung dan dagu. Lepas tu, muka aku dah mula rasa panas macam terbakar. Ben

Testimoni / Review Botanical Effects Mary Kay

Image
Assalamualaikum. Testimoni bersambung lagi. Ok, seperti yang aku habaq kat posts before ni, aku memang dah guna macam-macam produk / skincare kat muka aku. Ni kes tak serik hehe. Seterusnya, dah stop guna SF Beauty, aku tak guna produk apa sangat dah. Ceh.. yeke? Hahaha. Aku guna gak la, minum Aurawhite la, Radiance la, SNE Beutskin Essence la. Konon nak cantikkan diri dari dalam. Haram jadah! Takde perubahan apa pun. Maybe orang lain ada perubahan. Aku nampak ada yang makin cerah gak tapi makin gemuk. Ada gak yang makin gelap. Macam aku lah! Hahahaha. Pastu dengar-dengar produk-produk macam ni boleh merosakkan buah pinggang. So, aku stop. Oleh kerana muka aku dah makin teruk, aku guna Tia Amelia balik. Tapi muka aku macam tak boleh terima dah produk tu. So, aku try lak Ibu Putih by Jannalaawa ke apa benda ntah. Hancusss beb. Menyesal beli haha. Then, aku pun dah kira insaf. Fuh! Aku pun stop semua benda tu. Aku try lak guna produk yang berasaskan bahan-bahan organik

Testimoni / Review SF Beauty

Image
Assalamualaikum! Bersambung dari cerita Tia Amelia tuh. Aku mula give up! Aku just pakai pencuci muka je. Macam-macam pencuci gak aku guna. St Ives, Sabun Papaya dan macam-macam lagi. Tak pakai apa-apa krim dah. Tapi muka camtu lah, kusam-jerawat-gelap-hodoh! Nanges.. Then, masa cuti sem, aku pegi la rumah macik aku. Macik aku pun mula la promot satu produk ni. Nama dia SF Beauty lor.. femes gak masa tu. Ramai yang guna. Kesan seawal 3 hari beb. Aku pun dah takde pilihan dah, aku beli lah produk tu.  Then, dpt je produk tu, aku buka dan cium bau dia macam sama je dengan Tia Amelia hahahaha. Hurm. Aku pun google lah pasal produk ni. Banyak gak yang cakap pasal krim ni krim timbang la, rebranding la dan macam-macam lagi. Aku jadi cuak. Tapi aku belasah je lah dah terbeli hahahahaha. Of course, lepas guna muka meme lah glowing gitew. Cerah babe! Dan seperti pengalaman yang sebelumnya, benda tu kejap ja. Dalam setahun macam tu muka jadi lebih teruk dari sebelumnya. Damn!

Testimoni / Review Tia Amelia

Image
Assalamualaikum! Haa.. sambung lg. Setelah menggunakan pelbagai produk yang akhirnya menghancuskan muka dan jiwaku, aku pun guna lagi macam-macam produk hahahahahaha. Tak serik-serik tu. Lepas guna Safi Balqis, aku guna macam-macam lagi. Hazeline, Eskinol, Garnier, L'oreal, Eucerin, Cetaphil, Aiken dan banyak lagi sampaikan aku pun tak boleh nak recall da. Well, Garnier, L'oreal dan Eucerin memang out! Tak sesuai dengan kulit muka. Dah lah mahal. Pakai kejap je tp muka jadi makin hancusss. Cetaphil pun aku pakai kejap tapi entahlah muka aku masa tu masih gak berjerawat tak jugak sembuh-sembuh lagi. Aiken lak memang best tapi lama-lama pakai, pencuci muka tu macam dah tak serasi macam mula-mula pakai dulu. Maybe muka aku dah immune kot dengan Aiken, so Aiken out! Sumber: Google Then, bermulalah kisah hidupku menggunakan produk tempatan yang hangat jugak di pasaran masa tu. Aku guna Tia Amelia ni. Beli nak dekat RM100 jugak la masa tu. Mahal gak la untuk student ka

Testimoni / Review Safi Balqis

Assalamualaikum! Ok, sambung cerita lagi. Lepas guna Fair & Lovely, aku stop guna skincare dalam masa beberapa tahun. Then, aku guna macam-macam termasuklah Pond's, Olay, Syahirah, Alaisyah dan macam-macam lagi lah! Hahaha. Muka aku ni dah kira kebal skincare.. macam-macam aku dah pakai.. Pengaruh iklan kat TV la katakan. Ok then, pas dah guna macam-macam produk ni alhamdulillah muka aku tak delah teruk mana pun. Gelap tetap gelap tapi masih licin halus mulus dan berjerawat pasir sikit je.  Tapi, semua itu hanya bersifat sementara. Jerawat batu pasir dan yang sewaktu dengannya muncul tanpa diundang semasa aku dah berada di menara gading! Cewah hahaha. Maybe, sebab masa tu student's life di kampus memang busy, so kebersihan muka tu tak berapa nak jaga, then selalu tidur lewat malam gak. Macam-macam aku guna untuk hilangkan jerawat! Huhu nanges.. Sampailah satu masa, aku guna Safi Balqis ni. Semua produk dia aku guna. Pencuci, toner, krim pelembab siang malam, kr

Testimoni / Review Fair & Lovely

Image
Assalamualaikum! Ok, hari ni nak tulis beberapa testimoni produk / skincare yang pernah aku pakai sejak dari bangku sekolah hinggalah kini. Mula-mula pakai skincare start umur 12 tahun. Masa tu, dalam tahun 2000 femes giler Fair & Lovely (F&L) ni. Ramai sangat orang pakai. So, aku pun pakai lah sebab terjebak dengan kazen aku yang pakai seminggu je dah putih haha. Packing F&L ni dulu tak macam sekarang. Rasanya texture dan bau krim pun macam dah lain. Kesan dia kat aku ofkos tak lah putih sangat tapi ok lah. Lepas tu aku stop sebab muka makin berminyak dan mak aku pun suruh stop takyah pakai apa-apa dah. Fair & Lovely *Baru* Packing baru ni tak pernah cuba lagi. Tapi produk ni memang memuaskan hati lah! Cuma jodoh aku dengan produk ni tak lama. Sob sob!

Prologue

Yippie! I'm doing this again (writing) setelah beberapa tahun meninggalkan bidang tulis-menulis taip-menaip di dalam blog. Blog lama entah ke mana? Emel, password, web address pun dah lupa! Haha. Well, aku menulis bukan sebab aku minat menulis sangat, tapi ingin berkongsi pelbagai benda yang secara tiba-tiba rasa nak kongsi hehe. And I'm sure ramai gugurl di luar sana yang senasib dengan aku. Ok lah untuk intro ni malas nak panjang-panjang. Just try and error je jadi ke tak pos ni haha.