Rawatan Kulit yang Rosak Akibat Produk yang Mengandungi MERKURI atau HIDROKINON
Assalamualaikum.
Hari ini, diberi kesempatan lagi untuk menaip di blog ini walau I tengah busy nak jemur kain sat lagi hahah!!
Sebelum ni memang banyak dah skincare aku pakai untuk muka aku ni. Dah macam-macam produk dah bertapak di muka aku. Ada yang berkesan, ada yang kejap je berkesan, ada yang makin merosakkan dan menghodohkan muka aku yang pada asalnya cantik jelita ini cewahhh!!!
Baru-baru ni stop pakai Tabita Glow. 2 Tahun pakai pergh! Super beautiful, bountiful, bootylicious babe! Hahahaha. Tahun ketiga muka start merah padam panas macam orang demam, jerawat tumbuh seketul-seketul. Bukannya aku tak tau bahaya produk tu tapi demi nak kekal cantik jelita aku teruskan. Tapi udah nggak bisa lagi untuk aku meneruskannya, so, aku stop! Dah 2 minggu stop.
Ok, sejak stop Tabita Glow, aku memang tau kulit aku akan jadi lebih teruk dari sebelumnya. Sebab before ni aku pernah stop dan guess what happens to my face?
- Gelap
- Kusam
- Jerawat pasir dan batu bermahajalela
Confidence level pun menurun ke tahap 0. Damn! Nanges kuat.
Then kali ni pun aku nekad stop. Aku tau kulit aku akan jadi lebih teruk. Nak teruskan, kulit muka panas terbakar. Nak stop takut rebound effect. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak! Fikir punya fikir, aku stop dan of course kulit aku jadi.. Well, faham-faham je lah tak berdaya dah nak menaip benda-benda itu! Tapi alhamdulillah syukur, ada seorang hamba Allah yang risau tengok muka aku dan cadangkan untuk aku rawat muka aku dengan cara tradisional.
She said that, "Sis, why don't you try using Masker Kunyit?". Aku cuak. Boleh percaya ke? Then, aku pun google pasal masker ni. Banyak feedback positive! Bahan-bahan dia mudah dan murah je:
- Serbuk kunyit 1 1/2 sudu
- Yogurt asli 1 sudu
- Madu asli 1 sudu
Mixed all, pastikan pekat then sapu kat muka. Leave it on your face for about 30 minutes. But I leave them for 1 hour. Aku guna almost 1 week masker ni. Actually masker ni kena pakai 2-3 times a week. Tapi that person said that I can use it everyday. So, aku pun guna lah setiap hari. Cadangan dia guna sekali sehari. Aku lak desperate sangat guna 2 kali sehari wakakaka.
From what I see, kesan tu tak nampak sangat lagi sebab natural ingredients ni dia lambat sikit bertindak kan. Maybe for a month or two akan nampak kesan.
First week aku guna masker ni 2 kali sehari, kulit aku makin moist, lembut dan sihat. Tapi, jerawat timbul tenggelam. Stress gak. Kata kunyit ni menghilangkan pimples tapi ada je? Tak hilang-hilang pun. Bertambah lagi lah! >_<
So, aku pun buat kesimpulan, aku kena stop guna yogurt. Maybe my skin tak bole terima dairy products kot. Alergik barangkali? Then, the second week, aku guna masker kunyit + madu sahaja. Sekali sehari. Dah 3 hari guna ni. Apa yang aku perhatikan masih seperti biasa. Cuma pimples tak lah macam haritu tenggelam timbul. Well, baru 3 hari. Kena tunggu 4 hari lagi untuk tengok kesannya.
Kesimpulan awal aku sejak pakai natural ingredients yang boleh ambik kat dapur senyap-senyap tanpa pengetahuan mak ni:
- Jerawat agak terkawal
- Kulit semakin lembut
- Kulit semakin sihat
Tu kesimpulan awal. FYI, aku tak guna apa-apa skincare pun sekarang ni. Even moisturizer! Erk. Nak rehatkan muka dari produk-produk sebelum ni. Bertahan dulu kot selama seminggu lagi baru fikir nak pakai moisturizer, sunblock dan sebagainya.
Apapun, rawat kulit dulu. Bagi stabil. Dah stabil, baru fikir nak pakai skincare apa untuk lindungi muka dari sinaran UV dan lain-lain sinaran lagi. Heheheh!
Well, aku tak condemn pun products sebelum ni. Maybe, ada yang pakai berkesan kan. Aku pakai tak. Aku jujur ye. Hahahahaha.
Comments
Post a Comment