Testimoni / Review Safi Balqis
Assalamualaikum!
Ok, sambung cerita lagi. Lepas guna Fair & Lovely, aku stop guna skincare dalam masa beberapa tahun. Then, aku guna macam-macam termasuklah Pond's, Olay, Syahirah, Alaisyah dan macam-macam lagi lah! Hahaha. Muka aku ni dah kira kebal skincare.. macam-macam aku dah pakai.. Pengaruh iklan kat TV la katakan.
Ok then, pas dah guna macam-macam produk ni alhamdulillah muka aku tak delah teruk mana pun. Gelap tetap gelap tapi masih licin halus mulus dan berjerawat pasir sikit je.
Tapi, semua itu hanya bersifat sementara. Jerawat batu pasir dan yang sewaktu dengannya muncul tanpa diundang semasa aku dah berada di menara gading! Cewah hahaha. Maybe, sebab masa tu student's life di kampus memang busy, so kebersihan muka tu tak berapa nak jaga, then selalu tidur lewat malam gak. Macam-macam aku guna untuk hilangkan jerawat! Huhu nanges..
Sampailah satu masa, aku guna Safi Balqis ni. Semua produk dia aku guna. Pencuci, toner, krim pelembab siang malam, krim kecantikan. Alhamdulillah jerawat beransur sembuh dan kulit wajah pun semakin cerah gitu.
Akan tetapi, semuanya musnah begitu saja apabila Safi Balqis ni depa dok p perbaharui plak. Safi Balqis yang asal tu depa p tukaq jadi Safi Balqis Perfect 10 ka apa. Hahahaha!!! Start je guna formula yang baru ni muka jadi hantu! Uwaaa.. Nak cari Safi yang lama dah tak jual dah. So, aku stop. Sekali lagi, aku hadapi muka yang berjerawat dengan redho.
Pasni nak sambung review naa. Nak buat satu-satu post hihi. Bukan ada orang nak baca pun lantak ar!
Comments
Post a Comment