Testimoni / Review Tabita & Tabita Glow
Assalamualaikum!
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis di sini. Hahahaha. Ok, sambung cerita. Lepas dah kecewa dengan botanical products Mary Kay, aku pun beralih arah ke Tabita. Well, banyak testimoni best masa tu. So, aku tak kisah dah, merkuri ke, hidrokunoin ke, belasah je lah yang penting muka aku bersih!
Aku pun mula lah guna Tabita dalam tahun 2015 camtu. Well, guess what? Dalam seminggu je memang nampak kesan dah. Sebulan apatah lagi. Puteh beb! Glowing takyah cakap. Jerawat? No, no tak nampak dah hahaha. Then, aku upgrade ke Tabita Glow. Lagilah glowing. Lagilah hebat! Huhuhuhu.
2015-2016 muka memang glowing giler. Akulah wanita paling chantek di dunia. Hahahaha. Tak perlu pakai apa-apa just Tabita dan bedak kalau nak. 2 tahun je bertahan. Masuk tahun 2017, muka jadi lain dah. Jerawat dah mula timbul. Erk? Kat dahi, hidung dan dagu. Lepas tu, muka aku dah mula rasa panas macam terbakar. Benda ni tak pernah lak berlaku sebelum ni. Ni first time. Muka pun merah-merah. Nanges!!!
Okay. Tbh, texture krim Tabita & Tabita Glow ni sama je dengan Tia Amelia dan SF Beauty dulu. Pencuci muka macam Sabun Papaya. Toner lak macam Eskinol. Hurmmm. Bau dan texture tu sama. Aku pun sedar gak. Tapi aku tak peduli sebab nak cantik je kan. Cantik dengan singkat. Desperate giler masa tu sebab frust baru putus tunang. Wakakakaka. Ops! Sambung cerita skincare balik.
Then, aku stop. Aku pakai pencuci muka Tabita Glow je. Takde apa yang berlaku. Muka masih cerah dan jerawat kejap timbul, kejap hilang.
Lepas sebulan, aku pun stop guna pencuci muka Tabita Glow. Aku guna Safi balik. Tapi aku guna Safi hijau. Lepas guna Safi ni, muka aku makin sejuk. Segala panas dan merah macam terbakar tu dah reda. Alhamdulillah.
Okay then, jerawat lak timbul. Of course, produk chemical ni, kalau kita stop, muka akan berjerawat lebih teruk dan muka pun akan jadi kelabu, gelap dan kusam. Dan itulah yang berlaku pada aku pada awal tahun 2017 sekitar Januari - Februari.
Aku kecewa. Oleh kerana produk Tabita Glow tu masih banyak, aku pun baru je beli sebenarnya. Aku pakai la balik. Tak boleh jugak! Nangesss!!! Muka masih panas terbakar. Sekali lagi aku stop. Aku rawat muka aku dengan bahan-bahan tradisional. InsyaAllah next entry aku habaq.
Pesan aku kat korang yang baru nak guna local products dan skincare yang sebijik dan seangkatan dengan Tabita ni tak payah lah ye. Pakai je lah drugstore products atau bahan-bahan kat dapur rumah kita. Actually, lebih selamat walaupun mengambil masa yang panjang.
aku baru makai tabita skincare nih mba, pas baca review kamu ko aku jadi mikir dan jadi takut cuman aku baru beli baru 2 hari pakai :(
ReplyDeleteI want contact number. Where should I get this product. Pls let me know.
ReplyDeleteCan ask someone to call me and let me know, if there is any shop in Sabah ? 0109655508. Thank you
ReplyDeletekau pakai produk fake..try pakai hat ori hahaha..sebab dalam .malaysia ni nak gtau ye ade seller buat tabita dlam kilang kilo..saya reseller jakarta 10 tahun pakai..okay je ..tengok sales kat shoppee tabita mencanak pakai watson smua buruk muka xde sorang ploless..pakai tabita ori okay nak tabita original
ReplyDelete