Testimoni / Review Botanical Effects Mary Kay

Assalamualaikum.


Testimoni bersambung lagi. Ok, seperti yang aku habaq kat posts before ni, aku memang dah guna macam-macam produk / skincare kat muka aku. Ni kes tak serik hehe.

Seterusnya, dah stop guna SF Beauty, aku tak guna produk apa sangat dah. Ceh.. yeke? Hahaha. Aku guna gak la, minum Aurawhite la, Radiance la, SNE Beutskin Essence la. Konon nak cantikkan diri dari dalam. Haram jadah! Takde perubahan apa pun. Maybe orang lain ada perubahan. Aku nampak ada yang makin cerah gak tapi makin gemuk. Ada gak yang makin gelap. Macam aku lah! Hahahaha. Pastu dengar-dengar produk-produk macam ni boleh merosakkan buah pinggang. So, aku stop.

Oleh kerana muka aku dah makin teruk, aku guna Tia Amelia balik. Tapi muka aku macam tak boleh terima dah produk tu. So, aku try lak Ibu Putih by Jannalaawa ke apa benda ntah. Hancusss beb. Menyesal beli haha.

Then, aku pun dah kira insaf. Fuh! Aku pun stop semua benda tu. Aku try lak guna produk yang berasaskan bahan-bahan organik. Takmau lg produk chemical2 ni dah. Takmau! Takmau! Haha gedik! 

Aku pun guna lah Mary Kay. Hurm. Macamana nak mula. Okay, produk ni adalah produk yang paling mahal sekali dalam sejarah skincare yang pernah aku guna. Nak dekat RM500 jugak lah habis nak beli produk ni. Aku guna skincare ni, Botanical Effects agak lama jugak. Lebih setahun. Tapi apa yang aku dapat, muka aku makin teruk. Tempat yang tak pernah timbul jerawat, dia pi timbul lak. Kusam takyah cakap la. Aku rasa masa pakai produk ni muka aku rasa yang terburuk sekali dalam sejarah. Uwaaa.. mungkin sebab dah pakai macam-macam kan, so dia nak keluarkan semua? Maybe.

Dari kiri: Masker, Cleanser, Moisturizer, Freshner

Namun, aku dah tak boleh sabar dah. Dah guna setahun lebih kot. Janji setahun dah nampak kesan. Tapi, kesan tu tak da. Hancusss. Pastu, kawan kepada kazen aku pun cakap benda yang sama berlaku kat dia. Kami sama-sama je sabar. Sabar guna sampai setahun tapi tanda-tanda ataupun kesan walau sedikit nak pulih tu takde. Nak buat macamana kan. Mungkin orang lain guna ok kot. Aku guna memang tak ok. Lama gak bersabar. Sebab motto dia kan kena sabar. Hahahaha. Kepada yang berjaya, tahniah. So, dengan perasaan sedih yang amat, aku stop produk ni. Adios Mary Kay!

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni / Review Tabita & Tabita Glow

Cetaphil Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil Oily Skin Cleanser?

Testimoni / Review Fair & Lovely