Cetaphil Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil Oily Skin Cleanser?

Assalamualaikum.

Apa title post hari ini pun aku tak tau nak letak apa. Actually, masih lagi nak cerita pasal kulit muka! Ofkos lah. Selagi tak settle Mr. J kat muka ni selagi tulah aku tak senang duduk. Malu wehhh! Pagi tadi bangun tidoq, terkezut lagi dengan kehadiran Mr. J baru kat atas bibirku. Redha je pi sekolah pagi tadi. Dengan muka tak malu dan tahan malu dengan kehadiran kawan baru itu! Stress! Tapi aku cuba untuk kawal.

Well, nak dijadikan cerita.. aku dah lebih seminggu guna Cetaphil Cleanser. Aku nampak banyak review best and ramai yang mendapat hasil yang membanggakan sejak menggunakan brand ni. So, minggu lepas, dengan kesempatan yang ada, aku pun singgah lah menjenguk Guardian. Jumpalah benda ni. First, aku beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Dia kata suitable for all skin types. Aku beli lah sekali dengan moisturizer dan sunblock cetaphil tuh! Harga bukan maen wehhh.. RM100 lebih jugak huahuahua. Tapi, demi untuk menyingkirkan kawan yang tidak diingini ini, aku relakan jua haha.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review
Pendek cerita, aku guna cleanser ni ok. Takdak bau, takdak buih. Cuci muka pun mcm tak cuci muka wakakaka. Tapi yang peliknya, aku guna benda ni dia tumbuh jerawat kecik2 kat dahi. Taktau lah sebab cleanser ni atau sbb aku guna krim Safi Fair Beauty tuh! Aku stop krim tu pun tetap sama. Urm. Tapi, jerawat agak kecut jgk lah! Moisturizer dia lak tak seswai dengan aku sbb dia habaq kt botol tu for dry / sensitive skin. Kulit aku sangat2 berminyak, so mana nak seswai.. nampak tak pembaziran wang kat ctu? Huahuahua nanges laju2! Pkai sunblock dia plak, tak bolehhhh!!! Panas muka aku wehhh. Jadi gelap. Macam terbakar pun ada. Taktau nape? Ke SPF dia tinggi sangat? Pembaziran berlaku lagi. Huaaaaaarrrgggghhhh! Aku redha sekali lagi haha.

After that, aku dengan stressnya mengoogle lah pasal Cetaphil ni lagi. Aku ada terbaca, untuk kulit berminyak better guna Cetaphil Oily Skin Cleanser. Aku pun like.. alamak, aku salah beli ke? Haha. Tapi ramai gak yang pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser tu dan berjaya. So, don't worry lah. Aku je tak pueh hati. Aku pun gi lah Watson lak, Isnin lepas. Gi cari yg suitable for oily skin lak. Aku jumpa, yay! 


Cetaphil Oily Skin Cleanser Review
Well, dah lebih 3 hari pakai setakat ni ok. Lagipun, most of Cetaphil users said that you have to be patient and wait for the results in about.. ermmm up to 3 months. Yolah, dia tak macam Tabita and the gang, 3-7 hari dah nampak kesan feloles hehe. Aku guna setakat ni, kulit aku rasa kurang berminyak sikit, then warna kulit pun dari hitam legam tebakaq kesan Tabita tu mulai surut. Warna kulit yelah walaupun dah gelap tapi tak panas dan tebakaq lagi.


Lagi satu, aku pakai krim jerawat Oxy 10 jugak. So far, oklah. Jerawat ada jugak yang kecut, ada jugak yang degil! Haip! Aku baca review kat FB, ramai kata lepas guna krim jerawat Oxy ni, jerawat kecut tapi meninggalkan bekas hitam! Awww.. takpelah redha lagi. Aku perasan, jerawat pasiaq kat dahi aku pun dah kureng sikit. 


Walaupun ramai yang kata jangan pakai apa2 selain cleanser sebab nak bagi muka rehat dulu.. aku ni degil. Muka aku kusam wehhh. Malu wehhh. Aku pun beli gak la sekali bedak compact untuk kasi naik sikit seri muka yang kusam ini! Aku guna Clinelle Compact Powder. Kat kotak dia kata non-comedogenic. Ok ar. So, aku sambar! Hehehehe.

Setakat tuh la review aku untuk hari ini. Result kena tunggu at least 3 bulan baru nampak kesan sob sob. Sabaq dan redha beb. Hahahahahaha. 

Comments

  1. So awak duku pakai getle cleanser x berkesan sangat ya? N now still pakai cetaphil oily skin?

    ReplyDelete
  2. klau boleh oxy10 tu jgn amalkan sbab ada bahan chemical , sbb tu klau pkai jerawat cepat kecut dibahagian luaran tapi xkecut dibahagian dlm..

    ReplyDelete
  3. Nak tanye macam mane nak hilangkan jerawat pasir pls bantu aku malu sngt ni kena perli dengan kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. try pki bougas beauty serum..boleh tgk ig bougas beauty serum.setakat ni,klu ada jerawat kecik2 tu dia cepat surut dan pudarkn parut jerawat..

      Delete
  4. Dulu saya masa mula'2 pakai cetaphil ni pun tumbuh jerawat kecik'2 . Alhamdulillah da 5 bulan pakai tinggal parut jee sekarang

    ReplyDelete
  5. Pakai cleanser je kan? Tak pakai toner, krim malam ka apa?

    ReplyDelete
  6. kalau muka berminyak tapi salah beli then pakai je Cetaphil Gentle Skin Cleanser jerawat boleh kecut ke sis?

    ReplyDelete
  7. Saya baru pakai GENTLE SKIN..tapi jerawat mkin banyak..mayb sbb kulit saya berminyak...so hari ni saya try beli OILY SKIN plak...so kita tgk hasil nye nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Testimoni / Review Tabita & Tabita Glow

Testimoni / Review Fair & Lovely